Wednesday, 1 August 2018





1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

      Di dalam al -Quran telah banyak diberi tahu tentang kebesaran sains teknologi dan kejuteraan. Setelah itu, telah banyak sainstis di seluruh dunia telah membuktikan kebenaran yang telah ada di dalam al-Quran. Di samping itu jugak, di dalam al-Quran juga telah banyak menyeru manusia supaya mengkaji dan meniliti fenomena alam agar dapat memahami dan mendalai ilmu pengetahuan yang tidak ada di muka bumi ini.



     Tradisi islam adalah melahirkan para sainstis berteknologi Muslim yang beriman dan berakhlak. Dalam pada itu jugak, islam menolak kemajuan teknologi yang tidak mempunyai akhlak dan sains yang spritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan prinsip logos dan mitos. Logos ialah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen, manakala mitos pila umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikansecara tepat dan konkrit.



1.2 DEFINISI



      Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan ilmu bidang ilmu dalam Islam. Dalam bidang sains, sains ialah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabii dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains ialah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prinsip bahawa alam ini bersifat konseptual, iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengerti. 



2.0 Sains Dalam Islam




2.1 Sains dari Aspek Bahasa



  • Daripada perkataan Inggeris iaituscience. Juga berasal daripada
    perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud
    pengetahuan.
  • Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, Systematized knowledge in
    any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.
  • Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh
    secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat
    dibuktikan secara objektif.
  • Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta
    fahaman yang lahir daripadanya.
  • Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif). 
  • Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan
    wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama. 

2.2 Sains dari Aspek Keilmuan Islam


Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Bidang ini menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada Allah SWT tanpa batasan, sedangkan akal ialah perkara yang terbatas. 

   Sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid yang mematuhi prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Allah SWT melalui rasul-Nya. Selain itu, sains merupakan satu maklumat atau fakta yang diperoleh menerusi penyelidikan dan penemuan yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu dan tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.



2.3 Sains terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :



  • Sains Tulen/Sains tabi'i
  • Sains Gunaan (Teknologi Kejuruteraan)
  • Sains Sosial ( Tabiat Manusia)

3.0 Teknologi Dalam Islam

3.1 Teknologi dari Aspek Bahasa


  • Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari  perkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan.(Hairudin Harun, 2007 : 2)
  • Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.
  • Secara etimologinya,  teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu ‘techne’ dan ‘logos’.
  • Techne' adalah seni(art), kerja tangan atau keterampilan. 
  • Tekno bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.

3.2 Teknologi dari Aspek keilmuan Islam


  • Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut sistem etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi'i dengan baik. Wan Ramli Wan Daud, 1991
  • Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah صناعةsinaah yang bermaksud ilmu gunaan.
  • Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.
  • Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.
  • Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam. 
  • Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
  • Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu
o   Kemahiran dalam bidang permbuatan atau pengeluaran
o   Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan

4.0 Kejuruteraan Dalam Islam

4.1 Kejuruteraan dari Aspek Bahasa

  • Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan membentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khdimat kepada manusia. Kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi kehendak manusia. Contoh, dengan menggabungkan pengetahuan matematik dan pengalaman untuk membentuk serta mereka cipta sesuatu objek atau proses.
  • Selain itu, kejuruteraan adalah satu displin, senis kemahiran,  kerjaya dan teknologi yang menggunakan kaedah saintifik, ekonomi, matematik, sosial dan ilmu amali bagi mereka bentuk serta membina struktur,  mesin, peralatan, sistem, bahan dan prosesnya.
  • Kejuruteraan juga ialah satu bidang yang memerlukan kepakaran yang dipersembahkan melalui amalan sains gunaanm, matematik, fizik dan sains sosial.
  • pengamal kejuruteraan profesional dipanggil jurutera. Kejuruteraan juga membawa maksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.

4.2 Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam

  • Kejuruteraan ialah satu dislipin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian  dalam penggunaan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan kepada manusia.Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia memenuhi tugas sebagai khalifah secara lebih berkesan.
  • Kajian-kajian telah menunjukkan sumbangan para sarjana dan jurutera Islam tersebar ke Benua Eropah,khususnya Andalus(sepanyol) dan Itali.Dalam bidang kejuruteraan awam,penciptaan kubah dan menara masjid membuktikan kefahaman dan kemahiran jurutera dan sarjana islam.
  • Rekaan-rekaan menarik juga dapat dihasilkan dengan segala kemahiran dan kefahaman ilmu para sarjana Islam dalam segala bidang kejuruteraan pada zaman itu apabila menggabungkannya dengan reakaan seni-seni halus.
  • Perkembangan semasa di Malaysia turut mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion kejuruteraan.Isu ini dapay dilihat hampir setiap hari jawatan kosong sebagai jurutera diiklankan di dalam akhbar-akhbar tempatan dan media elektronik.Tambahan pula,gaji dan imbuhan yang diberikan agak lumayan sekali gus mampu menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang kejuruteraan ini.

5.0 Pembuktian Sains Didalam Al-Quran

5.1 Bidang Teknologi

Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud.:

     "Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan batin." [Surah Luqman : 20]

Oleh itu, kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.


5.2 Bidang Kimia


Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan bidang kimia iaitu “proses fotosintesis” dan “proses pembakaran sempurna”.

Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman sekarang membuktikan kandungan Al-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini kerana orang zaman dahulu menyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang manusia menggunakan petrol, gasdan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita memikirkan di zaman dulu, tentu kitatakjub bagaimana daripada kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan api. Di zamankita pula, kita masih merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan gas yang boleh menghasilkan api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan tahun yang lalu. Ini dapat meyakinkan kita bahawa Allah ituMaha Besar. Dia telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah berasa dari pokok.




5.3 Proses kejadian manusia 


Di dalam al-Quran juga menerangkan penciptaan manusia daripada air :

Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itudiciptakan daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.

Proses kejadian manusia diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia mampu memikirkan proses itu sendiri.



Ayat di atas menceritakan proses pembentukan manusia, seperti mana yangdidedahkan kepada kita hari ini. Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan manusia.Pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian iniadalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan Nabi Adamdaripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum) kemudian Musaharah ;hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan, seperti menantu mertua dan sebagainya
Penetapan yang kukuh; rahim bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding Rahim. Seterusnya,gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah). Ketulan daging itu pulaakan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang kemudiannya disempurnakan rupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk janin.

6.0  Peranan sains teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam

  • Membantu manusia mengenali Allah SWT sebagai pencipta alam.


-Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satukepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tandakekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.
  • Membantu Manusia Supaya Bertafakkur.
-Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :


Maksudnya :
Sesungguhnya dalam penciptaan l angit dan bumi, silih bergantinyamalam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yangberguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupaair, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya danDia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin danawan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan” (Surah Al-Baqarah : 164)

  • Membantu Pelaksanaan Syariat .
-Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam pelaksanaan syariat Islam.
-Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.
-Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

  • Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu perkara.
-Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awalpuasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.
-Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.
  • Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi
-Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatukarya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya

  • Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dankehidupan seharian yang diperlukan.


-Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal,pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.Menjadikan kehidupan manusia selesa.Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.


7.0 Kesan Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan

Jika dilihat, bidang sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan antara dunia Islam silam dan masa ini. Kemajuan teknologi kini  merupakan sebahagian daripada matlamat dan kepentingan hidup  seseorang yang dapat memperkukuh keimanannya kepada Allah S.W.T. Dalam hal ini, tidak dapat menafikanbahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting, terutama pada dunia hari ini.


8.0 Impak Pengabaian Sains Dan Teknologi Ke Atas Umat Islam

Sains dan Teknologi merupakan satu keperluan kepada survival umat untuk merealisasikan Islam sebagai satu sistem yang dinamik dan berdaya maju. Kehebatan Islam terzahir dalam penghasilan produk dan tatacara tadbir urus yang mengutamakan maksud syariat.




9.0 Penutup

·         Umumnya, sains islam berbeza dengan sains barat kerana:
  1. Bersumberkan al-Quran dan sunnah
  2. Mementingkan nilai moral dan etika yang tinggi dakam semua aktiviti sains.
  3. Aktiviti sains islam adalah termasuk dalam ruang lingkup beribadah Allah S.W.T. yang mempunyai garis panduan dan batasan-batasan tertentu kearah mencapai kecemerlangan, keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. dalam segala aktiviti yang dijalankan menurut ketetapan syariat Islam
  4. Kesejagatan sains dan teknologi islam bukan sahaja kerana penyumbangnya terdiri daripada pelbagai kelompok yang berada dibawah polisi sains pemerintah Muslim tetapi juga khalayak yang menerima sumbangan sains dan teknologi Islam adalah terdiri daripada pelbagai komuniti dan tamadun.

10.0 Lampiran









11.0 Rujukan




Buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam 
-Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Abd Rahman 
-2015
-Oxford Fajar Sdn. Bhd
- 4 Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1
  Hicom-Glenmarie Industrial Park
  40150 Shah Alam
  Selangor Darul Ehsan






No comments:

Post a Comment

1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN       Di dalam al -Quran telah banyak diberi tahu tentang kebesaran sains teknologi dan kejut...